Oleh Brad Rantayy
MIRI, 29 Okt: Seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dipercayai ‘runner’ dadah berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditangkap bersama dadah jenis methamphetamine seberat 51 gram pada petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Miri pada jam 3.30 petang di sebuah kawasan tenpat parkir kereta di Lorong 5/3 Marina Park.
“Semasa melakukan anggota polis telah menjumpai dan merampas satu plastik berwarna hitam di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar disyaki dadah dianggarkan bernilai RM5,100,” ujar Alexson.
Hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetanime.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu, pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. — DayakDaily