Pengarah DBKU bersara Sept 4

Jumaini bergambar membelakangi kakitangan DBKU semasa Perhimpunan DBKU di Auditorium DBKU.

KUCHING, Julai 6: Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jumaini Haili akan bersara wajib pada September 4, 2018 ini.

Beliau telah memaklumkan dengan rasminya pada Perhimpunan Bulanan DBKU.

Mengikut sejarah beliau, dia telah berkhidmat dengan DBKU selama 29 tahun.


Jawatan pertama beliau ialah Pembantu Tadbir.

Selepas beberapa tahun, beliau dilantik sebagai Penolong Pembantu Tadbir.

Dengan kegigihan beliau menjalankan tugas, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Tadbir 41.

Dengan kepercayaan dari Pihak Pegawai atasan DBKU, beliau dinaikkan pangkat lagi sebagai Timbalan Pengarah (Jabatan Perkhidmatan Korporat ).

Pada September 19, 2016, beliau mengantikan Kartina Zamhari yang memegang jawatan sebagai Ketua Timbalan Pengarah hingga Mac 31, 2017.

Beliau dilantik sebagai Pengarah DBKU yang keenam pada April 1, 2017 mengantikan Dr Saadiah Abdul Samat. — DayakDaily