Penganggur ditahan polis atas syak menolak kepala ibu

Suspek (dua dari kiri) ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 28 April: Seorang penganggur yang disyaki menolak kepala ibu kandungnya sendiri menggunakan tangan, ditahan polis malam Selasa (27 April) untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa seorang ibu tunggal berusia 58 tahun, dipercayai telah ditolak sebanyak dua kali oleh suspek.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Piasau.

Menurut ketia Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, sebelum kejadian, suspek telah datang singgah ke rumah ibunya untuk makan.

Semasa berada di meja makan, ibunya telah menasihat suspek suspaya menjaga dan mengemas rumah mereka yang terletak di Bandar Baru Permyjaya, memandangkan banyak peralatan di dalamnya telah rosak.

Berang dengan nasihat ibunya itu, suspek secara tiba-tiba bertindak menolak kepala ibunya.

Susulan kejadian, mangsa telah membuat laporan polis.

Suspek ditahan dua jam kemudian untuk siasatab lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. ā€” DayakDaily