Penganggur direman 4 hari membantu siasatan kes pukul ibu kandung

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Jun 25: Seorang penggangur yang disyaki di bawah pengaruh alkohol ditahan polis pada awal pagi semalam kerana memukul ibu kandungnya sendiri dengan tangan sehingga lebam di sebuah rumah di Taman Tunku Miri.

Suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada jam 12.47 pagi (Jun 24).


Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berang gara-gara ditegur ibunya yang berusia 59 tahun itu kerana membuat bising di dalam rumah.

Mahkamah Magistrate semalam telah mengarahkan suspek direman selama empat hari sehingga Jun 28.

Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Magistrate Md Syafique Md Hilmie selepas membenarkan permohonan reman daripada pengawai penyiasat Sarjan Daevora Julaimi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. — DayakDaily