Penduduk Kampung Salak gempar mayat reput ditemui

Keadaan mayat manusia yang reput ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Salak, semalam.

KUCHING, Feb 14: Penduduk di Kampung Salak di sini gempar dengan penemuan satu mayat manusia yang sudah reput dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Salak di sini semalam.

Mayat dipercayai lelaki itu ditemui oleh penduduk kampung yang sedang menangkap ikan di seberang sungai tersebut pada pukul 3 petang.

Jurucakap polis berkata, Balai Polis Santubong menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat berkenaan pada 3.10 petang.


Katanya, pihak polis menerima maklumat tersebut dari penghulu kampung tersebut.

“Mayat yang belum dikenalpasti identiti itu telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati jantina mangsa ialah seorang lelaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap polis menambah, polis meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya lagi. ā€” DayakDaily