Penduduk Bukit Balau terkandas setiap kali air pasang besar

Jalan menuju Bukit Balau dari Simpang Empelanjau dan Junkong Balau yang ditengelami air pasang besar kira-kira sepanjang 200 meter.
Advertisement

KUCHING, 18 Okt: Penduduk dari kawasan Bukit Balau di Sri Aman meminta pihak berkuasa mengatasi masalah jalan memasuki kawasan mereka berhampiran Simpang Empelanjau dan Junkong Balau yang kerap ditengelami air ketika kejadian pasang besar.

Siew Dugol, 40, berkata jalan tersebut kira-kira sepanjang 200 meter berhampiran simpang itu akan ditengelami air setiap kali kejadian pasang besar dan tidak dapat dilalui sementara waktu mengunakan kenderaan sehingalah paras air kembali surut.

“Jalan ini telah ditar dengan baik, tetapi mungkin disebabkan ketinggian jalan yang tidak mencukupi maka jalan ini akan ditengelami air ketika kejadian pasang besar,” katanya.

Advertisement
Orang ramai terpaksa menunggu air pasang besar menjadi surut di Simpang Empelanjau dan Junkong Balau bagi melalui jalan ke Bukit Balau.

Siew berkata beliau bersama keluarganya terpaksa menunggu sehingga dua jam di simpang jalan terbabit bagi menunggu sehingga air surut dan jalan terbabit boleh dilalui semula bagi meneruskan perjalanan ke Bukit Balau baharu-baharu ini.

“Sangat sukar (bagi penduduk melalui jalan terbabit mengunakan kenderaan ketika kejadian pasang besar) sekiranya ada orang yang sakit ataupun ada berlaku kejadian kecemasan yang lain,” katanya.

Sehubungan, beliau berharap pihak yang berkuasa dapat segera melakukan kerja meninggikan paras jalan terbabit kerana kejadian pasang besar ada berlaku hampir setiap bulan di kawasan itu. — DayakDaily

Advertisement