Pemuda mengamuk dalam rumah guna batang besi diberkas

Suspek (tiga dari kiri) diberkas polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 3 Ogos: Seorang pemuda mengamuk dengan memecahkan barangan di dalam rumah abangnya di Taman Quadruplex malam Isnin, ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Suspek berusia 45 tahun itu, merupakan penganggur, dikatakan telah merosakan barangam di dalam rumah menggunakan sebatang besi sepanjang 184 cm dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam.


Difahamkan dalam kejadian, suspek telah cuba bertindak mencederakan abangnya menggunakan batang besi terbabit.

Susulan kejadian, abang suspek yang berusia 48 tahun itu telah tampil membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari tangkapan telah dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 10.45 pagi pada Selasa .

Polis turut merampas sebatang besi yang disyaki telah digunakan semasa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan keraba melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily