Pemuda ‘melarikan’ kabel SESCO ditahan polis kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan

Suspek (dua dari kiri) ditahan pihak polis petang Isnin di Tudan dalam operasi Lusuh kerana disyaki melarikan sebatang kabel elektrik milik SESCO.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 19 Okt: Polis Miri petang Isnin menahan seorang lelaki warga tempatan kerana kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SESCO).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek berusia 40 tahun itu telah ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dalam Ops Lusuh sekitar jam 6.30 petang di tapak pembinaan Jalan Perdana Tudan.


Turut dirampas semasa serbuan itu, adalah sebatang kabel elektrik yang telah siap dipotong dengan anggaran panjang tiga meter.

Polis turut menemui dan merampas sebatang kabel elektrik disyaki telah dilarikan oleh suspek.

“Kita turut menemui dan merampas sebuah gergaji besi tanpa gergaji daripada suspek dipercayai digunakan dalam aktiviti mencuri kabel,” ujar Hakemal.

Tangkapan dilakukan susulan laporan daripada pihak SESCO setelah mendapati kabel elektrik tersebut hilang disyaki ‘dilarikan’ suspek. — DayakDaily