Pemuda ditahan kerana mencabul pemandu ehailing wanita

Suspek (tengah) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Nov: Padah meletakan tanga di atas peha pemandu e-hailing pada hari Rabu, seorang pemuda warga tempatan dicekup polis untuk siasatan lanjut.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan hari ini sekitar jam 12 tadi susulan laporan daripada mangsa.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kejadian dilaporkan berlaku pada Rabu sekitar jam 8 pagi apabila suspek menaiki kereta e-hailing yang dipandu mangsa berusia 29 tahun itu di Kampung Lopeng.

“Ketika dalam perjalan ke destinasi suspek, iaitu Yu Lan Plaza, dia telah secara tiba-tiba meletakan tangan kanannya pada peha mangsa,” ujar Hakemal.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa telah memandang ke arah suspek dengan pandangan tajam sehingga dia mengalihkan tangannya.

Apabila sampai ke destinasi yang dituju, suspek telah secara kasar melontar tambang berjumlah RM4 ke arah tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Jumlah tambang yang seharusnya dibayar untuk ke destinasi tersebut dari Kampung Lopeng adalah RM12, namun, suspek telah membayar RM4 sahaja.

Bertindak daripada laporan.mangsa, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Miri menahan suspek di sebuah kediaman di Senadin untuk tindakan lanjut. — DayakDaily