Lelaki cabul dan tunjuk kemaluan ditangkap polis di Batu Kawa

Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 13 April: Seorang lelaki ditangkap polis selepas dilaporkan mencabul serta melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 20an itu ditangkap di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa sekitar jam 1.15 petang hari ini.

“Setakat ini, pihak polis menerima enam laporan polis melibatkan suspek.


“Laporan diterima mendakwa mangsa telah dicabul kehormatan dan suspek juga mengekori mangsa sehingga ke tempat sunyi dan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abang Zainal menambah, kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun keseksaan.

Suspek juga akan direman di Mahkamah Kuching pada 14 April ini untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis turut merampas sebuah motosikal, dua helmet dan juga pakaian suspek,” katanya. — DayakDaily