Seorang lelaki meramas buah dada anak saudaranya dicekup polis

Suspek (tengah) dicekup polis petang tadi.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 20 April: Padah meramas buah dada anak saudaranya, seorang lelaki berusia 35 tahun dicekup polis untuk tindakan lanjut.

Suspek ditahan petang Rabu (20 April) sekitar jam 5 petang tadi susulan menerima laporan daripada mangsa berusia 12 tahun itu dari Kampung Masjid Kuala Baram.

Difahamkan kejadian berlaku pada 14 April lalu, di dalam bilik sebuah kediaman di Kampung Masjid Kuala Baram sekitar jam 1.30 petang.

Suspek dikatakan telah masuk ke dalam bilik tersebut semasa mangsa bersendirian dan bertindak meramas buah dadanya.

Lelaki tersebut turut cuba memegang kemaluan mangsa.

Sebelum ini, kejadian serupa telah beberapa kali berlaku , malah, suspek turut menayangkan alat kemaluannya kepada mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017. — DayakDaily