KUCHING, 9 Sept: Seorang pemuda berumur 20 tahun telah ditemui mati tergantung oleh ibunya di Kampung Suba Bandar, Bau semalam.
Mangsa telah meninggal dunia ketika ibu mangsa menemui anaknya di tingkat atas rumah mereka.
Menurut ibu mangsa, mangsa mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) sejak dari kecil dan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
Kali terakhir ibu mangsa berjumpa dengan anaknya ialah pada sebelah petang dan mangsa tidak menunjukkan perubahan ketara.
Sebelum ini, mangsa pernah menerima rawatan perubatan kampung dan turut menjalani upacara sembahyang kerana berkelakuan aneh dan disyaki diganggu makhluk halus.
Walaupun punca kematian mangsa dianggap bunuh diri, pihak polis akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut dan kes masih dalam siasatan. — DayakDaily