Oleh Brad Rantayy
MIRI, 26 Nov: Gelagat seorang lelaki mengambil beberapa barangan kecantikan dan kesihatan dari sebuah premis di pusat membeli belah Boulevard pada Selasa berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) permis terbabit yang membawa kepada penangkapannya
Suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada hari Khamis di tepi Jalan Permaisuri sekitar jam 4.06 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kejadian disedari pemilik premis pada Selasa ketika hendak membuka kedainya.
Kerugian dianggarkan hampir RM3,000.
Diantara barangan yang dilaporkan telah hilang dalam kejadian adalah satu set barangan bersalin (RM145), sekotak kolegen, kopi durian belanda dan 135 unit barangan kesihatan berjenama.
Suspek berusia 30 tahun itu kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily