Pemuda disyaki curi barangan milik keluarga until beli dadah ditahan polis

Suspek (depan) ditahan pihak polis petang Rabu.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 Feb: Seorang pemuda ditahan pihak polis kurang 24 jam pada Rabu selepas disyaki mencuri beberapa barangan milik keluarganya dari sebuah rumah di Taman Ceria untuk membeli dadah.

Kerugian dianggarkan lebih RM7,000.


Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah sebuah meja makan, sebuah televisyen, katil, sebuah mesin basuh, tilam dan sebuah kipas.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ)sekitar jam 5 petang, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai insiden pada malam Selasa.

Suspek berusia 29 tahun itu juga telah memandu arah pihak polis ke sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya, dan menemukan sebuah televisyen dipercayai barangan curi.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. ā€” DayakDaily