Adik-beradik ditangkap, disyaki curi sawit milik warga emas

Adik-beradik terbabit ditangkap untuk siasatan lanjut.

MARUDI, 9 Julai: Sepasang adik-beradik ditangkap selepas disyaki mencuri buah kelapa sawit dari ladang sawit milik seorang wanita warga emas di Beluru.

Menurut Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, kedua-dua suspek berusia 28 dan 32 tahun terbabit ditangkap selepas laporan polis dibuat oleh mangsa pada 24 Jun lalu.

Katanya, tangkapan dibuat pada 7 Julai sekitar jam 5.30 petang semalam oleh Bahagian Siasayan Jenayah IPD Marudi.


Turut dirampas ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari sebuah rumah panjang di Tinjar Baram.

Adik beradik tersebut kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di lokal Balai Polis Marudi.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan. — DayakDaily