Pembukaan sekolah berasrama, ikut kapasiti asrama—Radzi

Education minister (middle) Dr Mohd Radzi and Dr Noor Hisham in discussion during their visit to Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain in Semenyih, Selangor. -filepic
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 1 JULAI: Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurut beliau, asrama yang mempunyai kapasiti yang mencukupi setelah mengambil kira penjarakkan sosial akan beroperasi seperti biasa.

Advertisement

“Manakala, bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad setelah mengambil kira penjarakan sosial, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada sidang itu, beliau telah mengumumkan bahawa tarikh pembukaan penuh sekolah adalah pada 15 Julai 2020.

Radzi berkata, antara kekangan utama adalah penggunaan katil dua tingkat.

Katanya, perkara itu telah diteliti dan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) bahawa pada peringkat awal kemasukan, murid hanya menggunakan katil bawah sahaja.

“Namun, selepas tempoh 14 hari, kumpulan murid baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan murid sedia ada di katil atas manakala murid baharu di katil bawah.

“Prosedur ini diteruskan sehingga semua murid dapat tinggal di asrama,” katanya.

Ujar beliau lagi, secara umumnya, untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari daripada 24 Jun 2020.

Namun katanya, tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan murid dan akan ditetapkan oleh pihak sekolah.—DayakDaily

Advertisement