Pembinaan Jambatan Kampung Bintangor jejas aliran trafik, penduduk diminta bersabar

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (file pic)

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 20 Mac: Proses pembinaan Jambatan Kampung Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini yang sedang dilaksanakan ketika ini pastikan menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meminta penduduk di sekitar projek berkenaan untuk bersabar dan menggunakan jalan alternatif lain bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakkan akibat kerja pembinaan jambatan tersebut.


“Jambatan ini (Jambatan Kampung Bintangor) adalah ikonik untuk mnenaikan taraf penduduk di Kampung Bintangor, Kampung Masjid, Kampung Matiem hingga ke Kampung Nombor.

“Laluan trafik di Kampung Bintangor itu terpaksa kita lencongkan ke arah lain bagi memberikan laluan pembinaan jambatan tersebut,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran MRP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini hari ini.

Projek pembinaan jambatan Kampung Bintangor yang melibat kos sebanyak RM50 juta dijangka siap pada Disember 2022.

Jambatan berkenaan bakal menjadi jambatan ikon kedua di Kuching selepas Jambatan Darul Hana.

Abang Johari (kiri) menyerahkan geran MRP kepada penerima bagi kawasan DUN Satok

Katanya, selain projek terbabit, dalam Rancangan Malaysia ke-12, beberapa projek lain termasuk projek menaik taraf tebingan sungai serta pembinaan jalan dari jalan Tun Dr Sulaiman hingga ke Jambatan Bulat.

Beliau berkata, projek menaiktaraf tebingan sungai di kawasan DUN Satok itu akan  disambung dari Kampung Nombor Tiga hingga ke Kampung Patinggan.

“Jadi ini antara projek-projek yang kita laksanakan di kawasan Satok ini dan mudah-mudah ia dapat dilaksanakan dengan baik dalam masa dua tiga tahun ini,” katanya.

Jelas Abang Johari, walaupun proses untuk menyiapkan semua projek tersebut akan mendatang gangguan namun apa yang penting kemudahan di kawasan berkenaan akan terus maju.

“Pada keseluruhanya saya fikir tranformasi di kawasan Satok ini dari masa ke semasa kita tingkatkan dan mudah-mudahan ia akan berterusan untuk masa hadapan dan apa yang penting perpaduan antara kita haruslah dikekalkan,” katanya. — DayakDaily