Pemandu disaman buat pusingan ‘U’ di tempat tidak sepatutnya

Pemandu kenderaan disaman atas kesalahan yang dilakukan.
Advertisement

MIRI, 8 Okt: Tindakan rakam dan sebar kesalahan lalu lintas kini dilihat memberi kesan positif apabila seorang lagi pemandu yang videonya tular membuat pusingan ‘U’ di tempat tidak sepatutnya telah disaman.

Perkara tersebut dikongsikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak di Facebook selepas pemandu terbabit berjaya dikesan dan dikenalpasti.

Katanya, rakaman dashcam sebuah kenderaan telah dikesan pada 1 Oktober lalu di Facebook SRU menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda membuat pusingan ‘U’ di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Rumah Sain.

Advertisement

“Di dalam video tersebut jelas menunjukkan kenderaan ini membuat pusingan’U’ di laluan tidak sepatutnya membuat pusingan U dimana boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di laluan bertentangan.

“Video ini juga menerima banyak komen negatif atas tindakan pemandu ini yang membuat pusingan ‘U’ dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Hasil tindakan dan risikan BSPTD Miri diketuai oleh Insp G. Visvanathan bersama tiga anggota BSPTD Miri telah berjaya mengesan pemandu kenderaan terbabit.

“Pada 8 Oktober (Selasa) jam lebih kurang 11.30 pagi, Sepasukan Pegawai dan anggota BSPTD Miri hadir ke rumah pemandu terbabit untuk siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan mengakui melakukan kesalahan dengan memandu membuat pusingan ‘U’ di tempat tidak sepatutnya,” katanya.

Pemandu didapati telah melakukan kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Sek. 79 (2) D APJ 1987 – Dilarang buat pusingan ‘U’ , Saman PDRM(K) 257 telah dikeluarkan kepadanya. — DayakDaily

Advertisement