JPJ keluarkan 45 notis ke atas pengguna jalan raya dalam operasi di Serian

Pemeriksaan dilakukan oleh anggota JPJ.

SERIAN, 20 April: Sebanyak 45 notis ketidakakuran dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Ops Khas Motosikal sempena Ops Hari Raya Aidilfitri, hari ini.
JPJ Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata notis dikeluarkan atas kesalahan seperti tidak menggunakan tali pinggang keledar, tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan lain-lain.
“Selain itu, sebuah motosikal turut disita dan dua buah lori ditahan kerana ingkar larangan pemanduan kenderaan barangan semasa musim perayaan.
“JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patut kepada peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.
Operasi tersebut dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensj Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“JIM melakukan 10 tangkapan terhadap warga asing dan 10 notis ketidakakuran daripada JAS terhadap kenderaan perdagangan yang melanggar peratusan,” katanya.
Tambahnya, terdapat juga seorang lelaki ditahan kerana saringan awal
air kencing didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Untuk sebarang aduan trafik boleh disalurkan menerusi aplikasi e-aduan JPJ atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan. — DayakDaily