Pelanggan di kawasan Fasa 2 bagi urusan JPJ perlu temu janji

JPJ Logo

KUCHING, 9 Ogos: Pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu untuk urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak bagi kawasan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

JPJ Sarawak dalam kenyataan semalam berkata, ini melibatkan Bahagian Kuching dan Serian.

Manakala bagi kawasan di bawah Fasa 3 PPN, pelanggan boleh hadir secara ‘walk-in’ mengikut ‘first come first serve’ dan dihadkan mengikut kapasiti kaunter.


Pejabat JPJ seluruh Sarawak akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 1 petang dan kaedah bayaran adalah tanpa tunai.

Mulai 9 Ogos, Pos Malaysia akan memulakan urusniaga JPJ di seluruh cawangan bagi menjamin kelancaran dan keselamatan orang ramai.

JPJ Sarawak menasihati orang ramai agar memastikan penjarakan fizikal semasa berurusan. — DayakDaily