47 kenderaan diperiksa, 12 saman dikeluarkan JPJ di Lawas

Tuan Norizan memeriksa sebuah motosikal yang ditahan dalam operasi tersebut. Kredit foto: JPJ Sarawak

LAWAS, 8 Mac: Sebanyak 47 buah kenderaan diperiksa dan 12 notis saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Op Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini.

JPJ Sarawak melalui laman Facebooknya memberitahu operasi tersebut dijalankan di Jalan Trusan Lawas dengan diketuai Pengarah JPJ Sarawak Tuan Norizan Jili.

“Dalam operasi ini, sebanyak 12 notis ketidak akuran telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya.


“Antara notis ketidak patuhan jalan raya yang dikesan ialah seperti tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans pihak ketiga,” katanya.

Justeru, pihak JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patuh kepada peratusan dan undang-undang sedia ada.

Untuk sebarang aduan boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-aduan@JPJ atau http://jpj.spab.gov.my berserta butiran pengadu dan butiran aduan. — DayakDaily