Oleh Cornelius Kadir Edison
KUCHING, 11 Dis: Sebanyak 11 daripada keseluruhan 45 buah taman negara di Sarawak telah membangunkan dan mempunyai pelan pengurusan sebagai panduan agensi terlibat untuk menguruskan taman negara terbabit.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelan pengurusan itu bertepatan dengan penstrukturan fungsi Jababatan Hutan Sarawak (JHS) seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan.
āPelan ini bagi memastikan tiada berlaku pertindihan tugasĀ antara jabatan itu dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di masa hadapan sekaligus membolehkan JHS dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih baik serta efektif di masa hadapan,ā katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu JHS di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.
Katanya, dengan pelan tersebut, agensi terlibat berupaya meningkat kualiti pengurusan taman negara oleh agensi terlibat.
Terdahulu, taman negara dan hidupan liar di Sarawak terletak di bawah tangungjawab JHS sebelum diambil alih oleh SFC susulan penstrukturan semula fungsi kedua agensi tersebut bagi mempertingkatkan pengurusan hutan dan hidupan liar di negeri ini.
Sementara itu pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad berkata, baki 34 buah taman negara yang masih belum mempunyai Pelan pengurusan akan membangunkan pelan tersebut mengikut keperluan di kawasan tersebut.
Setiap taman negara ini adalah berbeza antara satu sama lain serta mempunyai keunikannya yang tersendiri, oleh yang demikian pelan pengurusan yang akan dibangunkan secara satu persatu mengikut keperluan dalam taman negara terbabit.
āSetiap pelan pengurusan ini mengambil masa satu hingga dua tahun untuk disiapkan oleh kerana perunding atau konsultan yang membangunkan pelan ini perlu mendapatkan maklumat tepat berkaitan taman negara terlibat serta melakukan libat urus bersama dengan mereka yang berkenaan.
āJika kita dapat menghasilkan tiga atau empat pelan pengurusan setiap tahun, itu sudah dikira sebagai satu usaha yang bagus sekali dan kita tidak meletakkan satu garis masa untuk semua taman negara ini menyiapkan pelan pengurusan masing-masing,ā katanya
Pada majlis tersebut, Hamden turut menyerahkan tiga Pelan Pengurusan Taman Negara kepada Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohammad Aton sambal disaksikan oleh Awang Tengah
Pelan tersebut melibatkan Pelan Pengurusan untuk Taman Negara Gunung Pueh, Taman Negara Usun Apau dan Taman Negara Bungo Range. ā DayakDaily