Menghiasi pokok hidup seperti pokok Krismas

Pokok biasa yang dihias seperti pokok Krismas oleh Alfred Rose dan rakan sekerjanya.

KUCHING, 11 Dis: Ketibaan perayaan Krismas kebiasaanya menyebabkan bandar raya ini  mula ada dihiasi dengan pokok Krismas.

Antara pokok Krismas terbabit yang terawal boleh dilihat berhampiran pasaraya E-Mart di Tabuan Jaya di Jalan Canna di sini.

Pokok terbabit bukan pokok krismas plastik biasa yang boleh dibeli orang ramai di kedai tetapi pokok hidup yang ditanam bagi menghiasi kawasan terbabit.


Alfred Rose, 20, berasal dari Sibu dan pekerja di premis makan berhampiran mengakui bersama rakan sekerjanya membuat perhiasan terhadap pokok terbabit bagi menjadikannya seperti pokok Krismas.

“Kami mengambil masa selama sejam bagi menghiasi pokok terbabit dengan majikan kami pula membelikan barangan perhiasan itu,” katanya.

Alfred berkata ini sahaja bagi mereka berseronok menyambut ketibaan Krismas dan beliau juga mengakui tidak pulang ke Sibu pada perayaan Krismas tahun ini. — DayakDaily