Pelajar kolej perubatan maut ketika mandi sungai

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, Ogos 26: Seorang pelajar kolej perubatan maut dipercayai lemas ketika mandi sungai bersama sekumpulan rakannya di Sungai Jangoi, Kampung Praya di Padawan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Alexander Nanang, 22, dikatakan disedari hilang oleh rakannya sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dasar sungai berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke darat dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa yang berasal dari Saratok kini di simpan di bilik mayat HUS.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Padawan. — DayakDaily