Pekeliling khas panduan penyediaan OACP berkuatkuasa Jun ini, kata Jaul

Kelihatan Jaul (tengah) ketika pra pelancaran OACP pentadbiran Bahagian Kuching.

KUCHING, 15 April: Satu pekeliling Khas mengenai Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) akan dikuatkuasakan bermula Jun ini sebagai panduan untuk penyediaan OACP bagi semua agensi kerajaan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, selain pekeliling khas tersebut, cadangan Institut Intergriti Malaysia (IIM) untuk melatih pegawai dari sarawak juga telah diluluskan.

Katanya, pegawai-pegawai yang dilatih oleh IIM ini akan diakreditasikan untuk mengendalikan benkel penyediaan OACP di seluruh Sarawak.


“Ketika ini kita mempunyai seramai 30 orang tenaga terlatih bagi membantu dalam penyediaan OACP ini dan salah seorang daripadanya bertugas di pejabat Residen Kuching iaitu puan Low Suk Fong yang telah banyak membantu penyediaan OACP agensi lain termasuk Pejabat Setiausaha Kewangan negeri.

“Pada Saya inilah gambaran sebenar konsep berkerja sebagai sebuah pasukan iaitu perkhidmatan Awam Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pra pelancaran OACP pentadbiran Bahagian Kuching.

Menurut Jaul, sekurang-kurang 12 sumber rujukkan utama diperlukan dalam mebuat analisa serta mengenal pasti bidang keutamaan risiko kemungkinan berlakunya rasuah dan salah laku dalam organisasi.

Katanya, antara bidak terlibat termasuklah laporan Unit Audit Dalam, laporan Jabatan Audit Negara, laporan SPRM, rekod tatatertib dan beberapa sumber lain.

“Selepas semua analisa ini dilakukan, baharulah teknik ‘Scenario Planning’ digunakan supaya ruang yang berpotensi berlakunya salah guna kuasa, rasuah dan perlanggaran displin dapat ditangani secara strategik dan proaktif,” katanya. — DayakDaily