Pejabat Kebajikan kesan ibu atau waris bayi perempuan yang ditinggalkan

Jabatan Kebajikan Masyarakat

KUCHING, Sept 12: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching (PKMB Kuching) hari ini mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Kuching Specialist Hospital pada Ogos 8 lepas.

PKMB Kuching dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, berdasarkan maklumat diterima, bayi perempuan itu ditinggalkan tanpa sebarang maklumat.

Menurut kenyataan sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ibu kandung dan waris kepada bayi perempuan tersebut diminta tampil memberi keterangan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarat Bahagian Kuching, Norhayati Abdul Rahman atau Pelindung Kanak-kanak, Asdayanti Sakawi.

“Mereka boleh dihubungi di talian 082-507999 atau 082-507111 dengan kadar segera,” katanya. — DayakDaily