Pecah masuk sebuah kediaman babitkan kerugian ratusan ribuan ringgit, 3 pemuda ditahan polis

Salah seorang suspek (tiga dari kiri) ditahan di sebuah rumah di Taman Ceria, Bandar Baru Permyjaya malam Khamis untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Okt: Dua lagi suspek kes pecah masuk sebuah kediaman yang ditinggalkan kosong di Jalan Riam, King Park oleh pemilik yang bekerja di Kuching pada Jumaat lalu telah ditahan lewat malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dalam ‘Operasi Pintu’ susulan penahan seorang rakan mereka awal petang Khamis di sebuah rumah di Taman Ceria Bandar Baru Permyjaya pada jam 7.15 malam berhubung kes pecah rumah tersebut.


Dalam kejadian pecah runah tersebut pada 15 Okt (Jumaat), sebuah kediaman di Jalan Riam, King Park diceroboh oleh sekumpulan individu.

Kerugian dianggarkan hampir setengah juta.

Kejadian disedari pada pagi 15 Oktober , selepas isteri pemilik kediaman tersebut yang pada waktu itu berada di Johor mendapati kamera litar tertutup yang dipasang di rumah mereka di Jalan Riam, King Park tidak berfungsi.

“Pengadu telah menyuruh kakaknya yang tinggal di Miri untuk pergi ke kediamannya itu dan melihat keadaan di sana,” ujar Hakemal.

Setibanya kakak pengadu tiba di kediaman tersebut, didapati kesemua pintu masuk telah dirosakan.

Kesemua barangan berharga mangsa telah hilang termasuk Set CCTV dan dekoder dusyaki telah dicuri.

Kesemua suspek berusia sekitar lewat 20an dan 30an itu kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Antara barangan yang dilaporkan hilang dalam kejadian adalah duit syiling berjumlah RM2,000; mata wang asing (RM150,000), patung emas; minuman keras berbagai jenama anggaran nilai RM15,000; beberapa barangan kemas termasuk lima bentuk cincin, 10 bag jenama LV berbagai saiz, barangan elektronik seperti sebuah TV, mesin basuh dan sebuah peti sejuk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — DayakDaily