PDRM: 59 permit ceramah dan kempen diluluskan di Sarawak

PDRM logo

KUCHING, 7 Nov: Polis Sarawak meluluskan 59 permit ceramah dan kempen di seluruh negeri sehingga semalam.

Jurucakap Media IPK Sarawak untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Superintenden Douglas Nyeging Taong berkata meskipun banyak permit diluluskan namun situasi keselamatan di seluruh negeri masih terkawal dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

“Polis Sarawak menasihatkan supaya semua parti politik dan kumpulan penyokong tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak semasa berkempen.


“Berkempenlah secara berhemah dan patuhilah undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau selain itu mengingatkan sekiranya berlaku sebarang permasalahan, mana-mana pihak dinasihatkan merujuk terus kepada PDRM.

“Rujuk terus kepada PDRM Kontinjen Sarawak atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily