Saberkas lahirkan barisan pemimpin berkaliber

Abdul Karim (empat dari kiri) di Perasmian Sambutan Jubli Emas Saberkas 2023.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 19 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) melahirkan ramai barisan pemimpin berkaliber di Negeri ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Abdul Karim berkata, ia jelas terbukti ketika Pilihan Raya Umum (PRU-15) lepas di mana ramai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bertanding ialah terdiri daripada kalangan ahli pertubuhan tersebut.

“Kalau saya tidak silap, terdapat sekitar 11 ahli Saberkas yang bertanding sebagai calon GPS dalam PRU-15 lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Saberkas Cergas Dan Sambutan Jubli Emas Saberkas 2023 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim yang juga Presiden Saberkas memberitahu, pertubuhan itu mengadakan program untuk setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang bangsa dan kaum.

Katanya, Saberkas merupakan pertubuhan NGO yang dapat membawa manfaat kepada semua kaum yang ada di Sarawak. — DayakDaily