Padah ugutan majikan, seorang lelaki ditahan polis

Suspek ditahan anggota JSJ IPD Marudi.

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 9 Julai: Padah melakukan ugutan jenayah terhadap bekas majikannya, seorang lelaki telah ditahan pihak polis petang Khamis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohd Ruslan Mat Kib, suspek berusia 40 tahun itu ditangkap di di sebuah rumah panjang di kawasan Long Belok Apoh sekitar jam 5 petang pada 7 Jun oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Marudi setelah dimaklumkan mengenai kejadian ugutan tersebut dari pengadu yang juga pengurus sebuah kem balak.


Difahamkan, kejadian berlaku pada 5 Julai lalu di kem balak terbabit.

Saspek kini ditahan reman Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hingga 12 Julai bagi pihak polis menjalankan siasatan lanjut Seksyen 506 Kanun Prosedur Jenayah. — DayakDaily