Ops Tapis Khas: Empat ditangkap terlibat dadah di Bintulu

Suspek-suspek yang ditangkap dalam operasi tersebut.

BINTULU, 7 Dis: Seramai empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata keempat-empat suspek berusia lingkungan 17 hingga 42 tahun ditangkap dalam operasi Ops Tapis Khas Se-Malaysia.

Katanya, mereka ditangkap di kawasan Pusat Komersial Kemena, Jalan Masjid.


“PDRM Bintulu telah menahan empat lekaki tempatan yang mana kesemua suspek disyaki terkibat aktiviti penagihan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya kesemua suspek ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

“Selain itu, seorang daripada suspek juga disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 kerana ditangkap memiliki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram.

“Seorang lagi suspek turut disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah seberat kira-kira 0.8 gram,” katanya.

Tangkapan tersebut juga merupakan usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada IPD Bintulu di talian 086-318304,” kata Batholomew. — DayakDaily