Dua rumah di Sarikei terbakar di bahagian dapur

Pasukan Bomba memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SARIKEI, 7 Dis: Dua buah rumah di Jalan Lavender Off Jalan Merudu, di sini mengalami kerosakan di bahagian dapur akibat kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.15 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah yang terbakar di bahagian dapur.

“Rumah pertama terbakar 30 peratus, manakala rumah kedua 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi memadam kebakaran berjaya mengawal api pada jam 11.30 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 11.40 pagi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily