Ops SAR Gunung Singai: 277 orang terlibat dalam pencarian Stanley Kho

Operasi SAR mencari mangsa diteruskan di kawasan Gunung Singai.

BAU, Sept 22: Seramai 277 orang terdiri daripada pasukan keselamatan serta kelab pendakian terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Singai di sini sejak Isnin lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata operasi yang memasuki hari keenam masih gagal mengesan mangsa, Stanley Kho, 22.

Katanya, antara pasukan terlibat ialah Bomba (15), APM (13), PGA (7), Rejimen Sempadan (29), PDRM (6), Kelab Kembara Anak Sarawak (10), REDS (6) JKM (2) Hikers (186) dan
SAINS (3).

Mangsa hilang sejak Isnin, Sept 17.
Seramai 277 anggota keselamatan dan sukarelawan terlibat dalam operasi SAR pada hari keenam.

“Bagaimanapun, setakat pukul 4 petang ini pasukan SAR belum lagi menemui petunjuk positif meskipun keseluruhan kawasan gunung itu sudah diperiksa.

“Dianggarkan kawasan di sekeliling Gunung Singai hanya seluas enam kilometer, malah terdapat kampung di sekeliling kaki gunung berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, selain operasi SAR di kawasan gunung tersebut, terdapat juga kaedah pencarian dengan menggunakan khidmat bomoh.

Namun katanya, usaha tersebut juga masih menemui jalan buntu.

DayakDaily sebelum ini melaporkan dalam kejadian Isnin lepas, mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian kira-kira pukul 8 pagi. Laporan berhubung kehilangan mangsa hanya dilakukan pada pukul 4.35 petang, hari yang sama.

Kehilangan mangsa disedari tiga rakannya yang menemui kereta lelaki berkenaan masih diletakkan di kaki Gunung Singai.Ā ā€” DayakDaily