Ops Samseng Jalanan: Enam remaja ditangkap lakukan aksi bahaya bermotosikal di Jln Tun Abdul Rahman

Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Abdul Rahman.
Advertisement

KUCHING, 8 Julai: Enam remaja berusia 15 hingga 18 tahun ditangkap kerana melakukan aksi berbahaya menggunakan motosikal.

Kesemua ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Tun Abdul Rahman pada 7 Julai jam 12.30 tengah malam.

“Mereka melakukan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah menerusi satu kenyataan semalam.

Advertisement

Dalam operasi tersebut, sebanyak 384 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 365 buah motosikal telah diperiksa.

Manakala sebanyak 53 buah motosikal telah disita dibawah Seksyen 60 (1) APJ 1978 atas kesalahan ubahsuai. — DayakDaily

Advertisement