KUCHING, 28 Dis: Orang ramai di negeri ini yang berminat mendapatkan nombor kenderaan baru yang menarik kini boleh mendapatkan nombor terbabit dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.
Ini kerana jabatan itu sudah membuka tempahan bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan di Sarawak dari QS1K sehingga QS9999K mulai semalam.
Menurut laman facebook JPJ Negeri Sarawak tempahan nombor terbabit akan berterusan sehingga 9 Januari tahun hadapan dan orang ramai boleh menempahnya dari jabatan itu dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Sebelum ini, jabatan terbabit telah membuka tempahan orang ramai untuk mendapatkan nombor kenderaan baru bagi kawasan Samarahan bermula QCJ 1 sehingga QCJ 9999 dari 6 hingga 19 Disember lepas dan juga bagi kawaasan Limbang bermula QLC 1 hingga QLC 9999 dari 21 November hingga 4 Disember lepas.