JPJ tawar 70% diskaun saman boleh kompaun bermula 1-31 Ogos.

JPJ logo

KUCHING, 29 Julai: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sebanyak 70 peratus kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1-31 Ogos.

ā€œSeperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sebanyak 70 peratus kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bemula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020,ā€ jelas JPJ dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga mengingatkan agar orang ramai yang datang bagi mendapatkan pengurangan saman hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika berada di pejabat JPJ dengan mengamalkan ā€˜kebiasaan baharuā€™ (new norm) termasuklah amalkan disiplin diri, patuhi jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter; diwajibkan memakai pelitup muka; menjaga kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).


ā€œMelihat kepada senario semasa, adalah dianggarkan bahawa orang ramai akan mengunjungi pejabat JPJ dengan jumlah yang ramai dalam satu masa,ā€ jelas kenyataan tersebut.

Ia juga mengalu-alukannya langkah pencegahan hendaklah sentiasa diambil bagi menangani penularan wabak Covid-19.

ā€œJusteru diingatkan agar orang ramai mematuhi segala arahan pegawai bertugas supaya penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dikehendaki,ā€ tambah kenyataan tersebut.ā€”DayakDaily