Hospital Sentosa kesan waris Johnny Chong Wee Ming

Johnny Chong Wee Ming

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 28: Hospital Sentosa di sini menyeru waris kepada pesakit bernama Johnny Chong Wee Ming, 52, untuk tampil ke wad lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berdasarkan maklumat daripada Hospital Sentosa, pesakit dalam keadaan tenat kerana jangkitan kuman di paru-paru telah dirujuk ke HUS pada hari semalam.


“Dimaklumkan juga, pesakit yang berasal dari Kuching telah ditempatkan di wad lelaki 3, Hospital Sentosa sejak 16 Julai 1981.

“Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mengenali Johnny Chong Wee Ming dimohon menghubungi pihak hospital berkenaan,” kata satu kenyataan media di sini hari ini.

Kenyataan sama memberitahu, mana-mana pihak berkenaan atau waris pesakit boleh
menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sentosa Kuching Siti Nurashikin Abdul Razak.

“Sila hubungi talian 082-612 321 dengan kadar segera,” kata kenyataan sama. -DayakDaily