NGO Sarawak gesa Kerajaan Malaysia pertimbangkan semula pengambilan pekerja Pakistan

Pemimpin-pemimpin NGO Sarawak.

KUCHING, FEB 11: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sarawak hari ini menggesa agar Kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula pengambilan pekerja dari Pakistan.

Sebaliknya, wakil-wakil NGO ini mahukan kerajaan pusat memberi keutamaan kepada warga tempatan di Malaysia.

ā€œDari segi polisi pengambilan pekerja asing, kerajaan ‘Malaysia Baharu’ masih mengamalkan tatacara kerajaan terdahulu Barisan Nasional.


ā€œKita masih mengamalkan pengambilan pekerja asing sesuka hati dan hanya mengutamakan kepentingan tanpa mengambil kira peluang kerja kepada rakyat tempatan.

ā€œSeringkali dibahaskan bahawa polisi pengambilan pekerja asing telah membebankan negara kerana ia gagal menambahbaik keadaan ekonomi.

ā€œIa lebih membawa keburukan apabila melibatkan ahli politik yang mengaut keuntungan dengan membekalkan pekerja asing,ā€menurut kenyataan media bersama pemimpin-pemimpin NGO ini hari ini.

NGO tersebut ialah Persatuan Pemikir Dayak Sarawak(DTTAS), Kongress Kebangsaan Dayak(DNC), Persatuan Iban Sarawak (PAIS), Harapan Orang Asal Sarawak(HOAS), Pertubuhan Hak Asasi Orang Asal Sarawak(SCRIPS), Persatuan Balang Balai Nyabong(BBN) dan Persatuan Aum Besai Dayak Selangor(ABD).

Baru-baru ini Media Pakistan, The Nation melaporkan Malaysia akan menerima antara 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan dari negara tersebut.

Akhbar berkenaan pada 3 Februari lalu melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Amna Baloch berkata, Malaysia telah berbincang dengan Pakistan berkaitan perkara itu.

Justeru, pemimpin-pemimpin NGO ini inginkan satu polisi yang menitikberatkan kepentingan ekonomi dan mengutamakan kebajikan pekerja tempatan.

Menurut kenyatan media itu lagi, ramai rakyat Malaysia terpaksa mencari kerja di luar negara kerana gaji yang ditawarkan tidak cukup untuk menyara diri manakala pihak majikan tempatan juga mengambil kesempatan atas gaji rendah pekerja asing.

ā€œPersoalannya, adakah negara kita ketandusan tenaga kerja yang kompetitif dan berdisiplin untuk mendapat peluang pekerjaan?

ā€œSalah satu keutamaan mendesak dalam negara ini ialah merangka satu penyelesaian untuk memastikan graduan yang keluar dari universiti mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran mereka,ā€ kata mereka.

Pemimpin-pemimpin NGO ini berpendapat, ā€˜Talent Corpsā€™ yang ditubuhkan kerajaan terdahulu tidak berkesan langsung dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang bekerja diluar negara.

Kerajaan ā€œMalaysia Baharuā€ tambah pemimpin NGO ini wajar mengambil langkah tegas, mengkaji dan memantapkan industri buruh dengan menubuhkan polisi yang menyeluruh dengan mengambilkira dari semua sudut.

ā€œOleh itu, kita berpendapat adalah lebih wajar sekiranya kerajaan.

ā€œPakatan Harapanā€ mengambil pendekatan mesra rakyat terutamanya B40 dengan memberi pendidikan fokus kepada prestasi tinggi serta kompetitif sekaligus mewujudkan persekitaran prestasi kerja yang lebih kondusif dan berkualiti.

ā€œDalam konteks Sabah dan Sarawak, kita berpendapat pengambilan pekerja asing belum di tahap kritikal kerana pekerja tempatan masih mencukupi sekiranya pihak syarikat tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata.

ā€œPengaliran pekerja tempatan terutamanya dari sektor pertanian kepada industri minyak dan gas adalah disebabkan jurang gaji yang terlalu besar,ā€ ujar mereka.

Pemimpin NGO ini ialah Wellie Henry Majangdan Elias Lipi Mat mewakili DTTAS, Paul Raja (DNC), Samuel Suring (PAIS), Leighton Manjah(HOAS), Micheal M Jok (SCRIPS), Mengga Mikui(BBN) dan Luang Janbi Munan mewakili (ABD). ā€”DayakDaily.