Nelayan hilang di laut, ditemui mati

Mayat mangsa dibawa ke Pintu Air Kampung Semera.
Advertisement

ASAJAYA, 14 Okt: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari atas bot pada Rabu lalu Kampung Semera ditemui mati, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Faddrul Razie Zaini, 30, ditemui oleh nelayan kira-kira jam 6.35 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung di laut perairan Sampun.

Advertisement

Mayat mangsa ke Pusat Kawalan Bomba di Pintu Air Kampung Semera dan telah disahkan oleh ahli keluarga.

Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan pada jam 7.50 pagi. — DayakDaily

Advertisement