Nancy: Kehebatan pemimpin BN datang dari masyarakat akar umbi parti

Nancy (berdiri tengah, baju putih dan hitam) merakamkan gambar bersama masyarakat setempat di Sadong Jaya.
Advertisement

SIMUNJAN, Mei 6: Kehebatan pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan datang daripada diri mereka semata-mata, namun muncul daripada sokongan masyarakat akar umbi parti.

Calon BN bagi kawasan Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemimpin atau wakil rakyat BN sentiasa sedar kedudukan dan jawatan dipegang adalah suatu amanah yang diberikan anggota peringkat akar umbi.

Jelas beliau, tiada pemimpin hebat yang tidak diuji tetapi menghebatkan seseorang pemimpin itu adalah rakyat di akar umbi.

Advertisement

“Pemimpin BN hari ini menghadapi cabaran yang lebih getir berbanding pemimpin sebelum ini kerana zaman kini lebih mencabar,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, masyarakat akar umbi harus mempertahankan calon BN yang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Jelasnya, perjuangan yang dipikul calon BN adalah perjuangan bersama demi memenuhi keperluan dan impian rakyat setempat.

“Bantu BN bermakna anda membantu diri anda sendiri juga untuk masa depan cerah.

“Perlu ingat, semua pembangunan yang sedang dirancang dan telah dibawa oleh kerajaan BN adalah untuk keselesaan rakyat secara keseluruhannya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement