Nahas tiga kenderaan, semua penumpang termasuk pemandu selamat

Anggota Bomba memeriksa salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

SERIAN, Dis 13: Kira-kira lima orang penumpang serta pemandu berdepan dengan detik-detik mencemaskan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan berhampiran Kampung Belimbing, Jalan Serian-Sri Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiada laporan kehilangan jiwa dilaporkan.

Namun, seorang lelaki berusia 29 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada lengan sebelah kirinya.


Kejadian itu melibatkan masing-masing sebuah lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Alza.

Kemalangan tersebut juga telah mengakibatkan Mitsubishi Triton tersebut terbabas dan terhumban masuk ke dalam parit.

Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian telah bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima laporan kejadian pada pukul 2.32 petang. — DayakDaily