Nafsu rakus, pemuda disyaki merogol anak saudara sendiri dalam senak

Suspek (baju merah) ditahan polis petang Jumaat (tadi) di sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri Tamab Permai Bandar Baru Permyjaya untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 3 Dis: Perbuatan seorang lelaki merogol anak saudaranya sendiri di dalam kawasan semak di Pujut membawa padah, apabila dia ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kejadian dilaporkan berlaku pada petang Khamis (2 Disember) sekitar jam 2 sebaik sahaja suspek berusia 42 tahun membawa mangsa keluar dari keretanya.


Tangkapan dilakukan pada jam 1.14 petang Jumaat di rumah suspek itu sendiri di Jalan Dato Permaisuri Taman Permai Bandar Baru Permyjaya susulan laporan daripada ibu mangsa.

Difahamkan kejadian terbongkar apabila mangsa berusia 12 tahun itu mengadu kesakitan pada kemaluannya kepada ibunya sebaik balik bersama bapa saudaranya.

Polis turut merampas beberapa persalinan daripada suspek dipercayai digunakan semasa kejadian.

Suspek kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut di lokap Balai Polos Pusat Miri.

Kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaam kerana merogol. — DayakDaily