This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 27 Julai: Muktamar Masjid-Masjid Serantau 1444H/2023M yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Julai depan akan menitikberatkan aspek kelestarian, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), itu, program yang diadakan bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka ini akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 5 Julai 2023 bertempat di Hotel Pullman Kuching.
Kata Misnu, tujuan lain program yang bertemakan ‘Masjid Makmur Ummah Sejahtera’ ini adalah untuk menjadi platform kepada masjid-masjid serantau berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan pembangunan masjid.
“Antara tujuan lain ialah menyediakan satu kaedah kepada masjid-masjid di rantau ini untuk berkongsi peranan, pengalaman, pemikiran dan bidang-bidang yang berkaitan dengan pembangunan masjid serantau,” kata Misnu.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Muktamar Masjid-Masjid Serantau 1444H/2023M di sini pada Selasa.
Majlis Penangguhan pada 6 Julai pula akan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Sementara itu, dijangka sekitar 900 orang tetamu akan hadir dari dalam dan luar Sarawak. — DayakDaily