MUDA Sarawak kecewa dengan pembubaran parlimen

Malaysian United Democratic Alliance (Muda) Sarawak logo
Advertisement

KUCHING, 11 Okt: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sarawak kecewa dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam.

Pengerusinya Jeffery Ngui berkata, pada masa ini persediaan untuk menghadapi banjir harus diutamakan.

Katanya, nyawa rakyat harus diletakkan di tempat pertama dan bukannya Pilihanraya Umum Ke-15

Advertisement

“Hari ini telah direkodkan bahawa hampir 50 daerah dan 5 negeri termasuk Sarawak sedang dilanda banjir, antaranya daerah-daerah di Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

“Ratusan keluarga dan ribuan mangsa terpaksa hidup dalam gelap akibat terputus bekalan elektrik, berendam dalam banjir akibat penempatan semula belum disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jeffery, pergelutan kuasa dan pertikaian politik dalaman UMNO tidak seharusnya melibatkan urusan negara.

Ujar beliau, rakyat Malaysia tidak sepatutnya dijadikan kertas undi demi percaturan politik Barisan Nasional, UMNO dan sekutunya termasuk Gabungan Parti Sarawak. — DayakDaily

Advertisement