KUCHING, 13 Feb: Minggu Epid ke-6 kes positif Covid-19 menyaksikan daerah Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kuching mencatatkan 31 kes, manakala Daerah Sibu mencatat 6 kes, Miri (9), Bintulu (4), Samarahan (5) dan Dalat (3).
Daerah Bau, Sarikei dan Kapit masing-masing mencatat 2 kes.
Menurut JPBN, jumlah kes positif Covid-19 bagi Minggu Epid ke-6 menunjukkan penurunan berbanding Minggu Epid ke-5.
Sebanyak 72 kes dicatatkan pada Minggu Epid ke-4 berbanding 108 pada minggu sebelumnya.
“Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 324,466 kes.
“Pada Minggu Epid ke-6, sebanyak 69 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala 3 kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata JPBN.
Sementara itu, tiada kematian direkodkan pada minggu Epid ke-6. — DayakDaily