Miliki rumah di Batu Kawa, gesa Dr Sim

Dr Sim (tiga kanan) di Sambutan Tahun Baru Cina 2023 di Dewan Chung Hua Batu Kawa.
Advertisement

KUCHING, 4 Feb: Batu Kawa merupakan satu kawasan strategik untuk mendapatkan rumah impian, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan berkata, ia disebabkan Batu Kawa kini sedang giat membangun dalam pelbagai aspek.

“Ini adalah usaha pihak Kerajaan dalam menyediakan segala kemudahan asas, kawasan rekreasi, tebingan sungai, perumahan dan jalan baharu.

Advertisement

“Batu Kawa sejak sekian lama memerlukan banyak pembangunan. Oleh sebab itu kita di pihak Kerajaan sedaya upaya membangunkan kawasan ini.

“Bagi mereka yang belum memiliki rumah, belilah rumah di Batu Kawa,” kata Dr Sim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sambutan Tahun Baru Cina 2023 anjuran SUPP Batu Kawa di Dewan Chung Hua Batu Kawa hari ini

Tambah Dr Sim yang juga Adun Batu Kawa, sejak 2016 penduduk sering mengatakan Batu Kawa sangat jauh dan banyak kesesakan jalanraya.

Tetapi sekarang jelas beliau, Batu Kawa adalah kawasan yang sedang pesat membangun secara sistematik untuk kehidupan, kerja dan berseronok.

Katanya, Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai projek jalan baharu dan jambatan bertujuan menyuraikan kesesakan jalanraya.

“Selain itu, kerjasama dan pemahaman penduduk Batu Kawa telah melancarkan semua program pembangunan yang dirancang,” kata Dr Sim. — DayakDaily

Advertisement