Mercun bernilai RM42,030 dirampas di Sibu

Mercun yang dirampas dalam operasi tersebut.

SIBU, 18 Mei: Bertindak atas maklumat, Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah premis di lokasi sekitar Bandar Sibu sekitar jam 4.30 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, semasa serbuan dilakukan, terdapat seorang lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik premis yang sedang memunggah bunga api di dalam premis itu.

Hasil pemeriksaan premis tersebut mendapati terdapat pelbagai jenis mercun di mana salah satu jenis bunga api yang terletak di dalam premis itu tidak mempunyai permit/lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.


Pemilik premis telah ditahan dan rampasan juga dilakukan dengan keseluruhan mercun dan bunga api yang dirampas dianggarkan bernilai RM 42,030.

Tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada pihak JSJ IPD Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957. — DayakDaily