KUCHING, 9 Ogos: Kerajaan Negeri mengutamakan usaha menyediakan kemudahan jalan raya ke setiap penempatan di luar bandar dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata kemudahan jalan raya adalah penting untuk pembangunan sesebuah kawasan.
āDalam RMK-12, kerajaan mengutamakan usaha menyediakan infrastruktur dan memastikan penempatan dan rumah panjang di luar bandar memiliki jalan raya,ā katanya.
Masing berkata demikian pada Program Bersama Masyarakat di Kapit pada Ahad.
Tambah beliau yang juga Adun Baleh, Kapit kini telah dihubungkan dengan Sibu menerusi kemudahan jalan raya yang telah siap dibina.
āDahulu, Kapit seakan sebuah pulau di Borneo, tiada kemudahan jalan raya.
āTetapi sekarang, Kapit telahpun dihubungkan dengan satu sistem jalan raya dari Sibu ke Kanowit seterusnya ke Song.
āJalan raya ini menjadi pemangkin pembangunan khususnya di Kapit,ā katanya sambil berkata kerajaan juga berusaha untuk menambahbaik kemudahan telekomunikasi.
Terdahulu, Masing telah menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1,375,500 kepada 87 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan dan Biro Wanita di Dun Baleh. ā DayakDaily