Market Sentral Sibu laksana penggunaan sijil vaksin Covid-19

Ting pada lawatan ke Market Sentral Sibu

KUCHING, 2 Ogos: Individu yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak dibenarkan memasuki Market Sentral Sibu.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh berkata, ini berikutan pelaksanaan penggunaan sijil vaksin Covid-19 untuk memasuki market tersebut.

“Pihak Market Sentral Sibu hendaklah memastikan setiap individu yang ingin memasuki market sekurang-kurangnya sudah divaksinasi dos pertama.


“Individu juga hendaklah menunjukkan kad temujanji mereka,” katanya pada lawatan ke market tersebut pada Ahad sebagai memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Tambah beliau, larangan tersebut adalah untuk membantu mengurangkan penularan Covid-19 di Sibu.

Selain itu, Ting juga menyarankan orang ramai yang belum divaksin untuk segara mendapatkan vaksin secara hadir terus (walk-in) di Stadium Tertutup Sibu. — DayakDaily