Mahu pinjam RM10,000, promoter rugi RM7,100

Scam alert. — DayakDaily.com file pic // Photo: Pixabay
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 23: Gara-gara tertarik dengan promosi pinjaman peribadi yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp, seorang promoter rugi RM7,100.

Laporan polis berhubung kes itu telah dibuat semalam oleh wanita berusia 27 tahun.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata hasil maklumat diterima, mangsa telah menerima satu mesej yang menawarkan pinjaman peribadi sebanyak RM10,000.

Katanya, tawaran pinjaman itu adalah selama tujuh tahun dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM158.

“Syarat yang ditetapkan ialah mangsa perlu membayar RM600 bagi tujuan kelulusan pinjaman berkenaan.

“Mangsa kemudian membuat empat transaksi pembayaran ke dalam akaun suspek mulai 20 hingga 22 Mac dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7,100,” katanya di sini hari ini.

Mustafa Kamal menambah, meskipun telah membuat pembayaran sebanyak RM7,100, si mangsa masih belum dapat menerima wang pinjaman itu

“Mangsa yang berasa ditipu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement